PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tuesday, 29 April 2014

Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 - Penganjur terima kejutan dan terharu kehadiran Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa Dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang menghulur bantuan keringat bagi melancarkan perjalanan persidangan.

KUALA LUMPUR - Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh negara.

“Seramai 670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89 bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.
Katanya, pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.



Tan Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.

Dalam masa yang sama Tuan Rumah bagi persidangan kali ini adalah Veteran UMNO Wilayah Persekutuan telah menerima kedatangan Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bukit Bintang yang telah menghulurkan tangan dan bantuan bagi melanncarkan proses Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei akan datang,

Majlis simbolik penyerahan MOU bantuan telah diadakan pada sidang media tersebut,menurut ketua Puteri Setiawangsa Pn Noraini Zulkafli, pihak beliau akan memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi buat Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei depan kata beliau "Veteran tidak harus di lupakan kerana tanpa perjuangan dan keringat Veteran, UMNO tidak akan mampu meneruskan perjuangan dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara".


Sepertimana yang di maklumkan Wanita UMNO Bukit Bintang juga tidak terkecuali menghulur bantuan bagi melancarkan perjalanan Persidangan Agung Veteran UMNO Malaysia ke 6,

Menurut Puan Fadzillah Abd Aziz Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang "mereka sentiasa menyokong kepimpinan Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan Veteran UMNO Malaysia dari awal penubuhannya lagi".

Beliau berharap agar dengan bantuan yang di hulurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang akan lebih membuka hati dan nurani lain-lain sayap dalam UMNO turut membantu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran UMNO Malaysia.

Tuesday, 8 April 2014

Veteran UMNO Wilayah Persekutuan Menyokong Sepenuhnya Dan Berterima Kasih Kepada Tengku Adnan Diatas Arahan Tegas Bagi Membatalkan "Parti Sosial Liar"

KUALA LUMPUR 8 April - Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membatalkan penganjuran "Topless Friday Beach Party" yang dilihat boleh merosakkan akidah amat dihargai.



Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata, ucapan penghargaan dan tahniah perlu dipanjangkan kepada Tengku Mansor yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan itu kerana berjaya membatalkan parti liar yang boleh merosakkan akidah anak muda Islam.

"Pihak kami telah menghubungi Tengku Adnan, dan kami telah dimaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan segala kuasa pembatalan yang ada ke atas parti tersebut," katanya dalam satu kenyataannya hari ini

Tambahnya, penganjuran parti yang tidak bermoral seumpama itu perlu ditentang oleh semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak muda terutamanya orang Islam yang jelas boleh meruntuhkan akhlak.

"Pergerakan Pemuda Umno juga ingin mengingatkan mana-mana penganjur dalam negara ini agar tidak menganjurkan parti sebeegitu pada masa akan datang dan perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," ujarnya.

Beliau turut meminta agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pelancongan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sentias berwaspada agar penganjuran parti seperti ini tidak 'terlepas' dari pandangan.

Monday, 7 April 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Lawatan Kali Pertama Ke Vietnam Berjaya.

HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan lawatan rasmi sulung ke Vietnam sebagai berjaya selepas pelbagai persetujuan dicapai dengan rakan sejawatnya terutama dalam hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya, persetujuan itu dilihat akan membawa implikasi besar apabila Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan hubungan sedia ada kepada perkongsian strategik.

"Kedua-dua menteri luar dari Malaysia dan Vietnam akan memperincikan lagi elemen-elemen dalam perkongsian strategik ini sebelum ia dipersetujui.

"Selepas menandatangani perkongsian strategik ini, ia akan memberi hala tuju yang lebih jelas tentang bidang-bidang yang harus diberikan keutamaan nanti," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain industri tempatan dan Malaysia di sini, hari ini.

Najib hari ini menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam.

Perdana Menteri yang tiba di sini pada Khamis selepas menempuh perjalanan lebih lapan jam penerbangan dari Perth, Australia disambut secara rasmi semalam di Istana Presiden dan mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung di Pejabat Perdana Menteri Vietnam.

Kunjungan itu disusuli mesyuarat dua hala bagi berbincang dan saling bertukar pendapat mengenai pelbagai isu dua hala dan perkembangan antarabangsa yang penting buat Malaysia dan Vietnam.
Perdana Menteri berkata hasil pertemuan dan mesyuarat bersama rakan sejawatnya itu, banyak perkara dicapai dan dipersetujui terutama berkaitan peningkatan hubungan sedia ada dan meningkatkan jumlah dagangan kedua-dua negara.

Katanya, kedua-dua negara kini bersetuju untuk mengembangkan pelaburan dan perdagangan serta menyasarkan nilai dagangan sebanyak US$11 bilion menjelang 2015, berbanding nilai semasa iaitu sekitar AS$9 bilion.

"Kedua-dua negara juga bersetujumeluaskan kerjasama dua hala meliputi bidang pertanian dengan memorandum persefahaman (berkaitan kerjasama bidang pertanian) ditandatangani," katanya.

Najib berkata, persetujuan turut dicapai dalam meningkatkan kerjasama dalam bidang perbankan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan keselamatan, kerjasama dalam industri minyak dan gas serta soal tenaga kerja Vietnam di Malaysia.

Katanya, dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya semalam, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam di atas bantuan yang dihulurkan negara itu dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Saya juga telah melahirkan penghargaan atas sokongan Vietnam dalam pencalonan Malaysia untuk kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi penggal 2015-2016," katanya.

Ditanya mengenai kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Truong Tan Sang dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong, Najib berkata kedua-dua pemimpin itu sangat mengalu-alukan kedatangannya.

Katanya, mereka juga menyatakan Malaysia dilihat sebagai model kepada Vietnam dalam beberapa aspek dan mengharapkan agar kerjasama kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.

Wednesday, 2 April 2014



Tribute Tun Dr Mahathir Mohamad.




Tiada Lama Tiada Baru ...