PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Friday 21 November 2014

Melayu Mudah Lupa Atau Kami Yang Terlupa !!!

Di mana silapnya ???  Kenapa bergini ???

Sering kali kita mendengar keluhan bergini tetapi sampai dimana ? tidak kemana  jika kita hanya berpeluk tubuh.

Pepatah melayu "yang lama di sanjungi yang baru di hormati" sudah agak tidak relevan lagi selagi isu dalaman bergini tidak diselesaikan.




Perjuangan kami belum selesai tetapi kami sudah di label sebagai "NGO" di mana  maruah kami sebagai pejuang bangsa yang tidak pernah kenal erti putus asa.


Wednesday 1 October 2014

PETROL RON95 NAIK 20 SEN

Kuala Lumpur- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguaan (KPDNKK) semalam mengumumkan sebsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter,berkuat kuasa 12.01 pagi tadi.
Berikut itu harga runcit baru bagi petrol RON95 adalah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa kini ialah RM2.58 seliter manakala harga diesel RM2.52 seliter.
KPDNKK dalam kenyataannya semalam berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan,kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95,diesel dan LPG pada tahun 2014.
Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
Pengguna haruslah bijak menangani masalah yang dianggap membebankan.

Wajarkah penurunan subsidi sebanyak 20 sen?

Thursday 3 July 2014

Dato Seri Tengku Adnan sedih apabila kenyataan beliau sering disalah ertikan oleh segelintir rakyat dan memutarbelitkan kenyataan



Semalam DS Tengku Adnan telah dikritik  dan disebarkan secara meluas di dalam media media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya. 

Menurut DS Tengku Adnan Bin Tengku Mansor selaku Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan beliau mengambil satu inisiatif yang berani cuba mendekati gololongan gelandangan yang merayau di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur tampa hala tuju. 

Tujuan DS Tengku Adnan adalah dengan rasa rendah diri serta perihatin beliau ingin mengambil satu pendekatan  yang berani  dan cuba mendekati terhadap golongan gelandangan ini supaya mereka ini tidak lagi merayau di sekitar bandar tampa hala tuju supaya mereka ini dapat diberi satu kehidupan yang selesa kepada golongan gelandangan supaya ini dapat menjalani kehidupan seperti rakyat biasa yang sedia kala. 


Oleh yang demikian pihak KWP bersama DBKL telah mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk bagi penempatan golongan ini dengan menyediakan bangunan yang konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti: 

1. Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut; 

2. Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini; 

3. Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini; 

4. Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya; 

5. Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri.

Berikut adalah kumpulan NGO yang dikenal pasti aktif membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur: 

Gosm (The Gospal Of Salvation Mission Society); 
Precious Children Home; 
Kecana Soup Kitchen; 
Pj Caring Home; 
Kenosis Home; 
KL Urban Fellowship; 
Reach Org. Sdn. Bhd. 
Nineteen O One Sdn. Bhd. 
Yayasan Kebajikan Negara; 
Archdiocesan Office For Human Development (Aohd); 
Grace Community Service; 
Community Excel Service 


Berikutan itu, tiada sebarang persoalan yang timbul mengatakan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menghentikan atau menghalang mana-mana pihak serta NGO untuk terus menderma dan melakukan kerja-kerja amal seperti kebiasaaan. 

Cuma kaedah dan lokasi yang tidak sesuai perlu diambil kira. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan akan datang timbul seperti keracunan makanan akibat kekotoran, kencing tikus, masalah kebersihan yang berlarutan, kecacatan pemandangan kawasan tumpuan pelancong dan sebagainya. 

Usaha ini memerlukan penglibatan semua pihak, dan kerajaan tidak sewenangnya meletakkan ketetapan seperti berikut dan ianya selepas mendapat persetujuan serta perbincangan agensi berkaitan.


Friday 9 May 2014


Sekalung Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Diatas Kesudian
Merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Veteran UMNO Malaysia Ke-6 Tahun 2014.



Wednesday 7 May 2014

HUDUD: Veteran UMNO, KMPP sokong Pas.

KUALA LUMPUR 12 April - Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan terus mendapat sokongan umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu parti itu terus berpendirian teguh terhadap keputusannya itu.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya yakin Pas kini tidak akan terperangkap dengan pendirian sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tetap tidak berganjak menolak pelaksanaan hukum tersebut.

"Sudah lama Pas menjaga hati mereka sehingga terpaksa mengorbankan dasar dan prinsip perjuangannya. Sekarang masa Pas bangkit dengan megahnya untuk meneruskan cita-cita murni yang diperjuangkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini yang mengumumkan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
Bagaimanapun, keputusan itu ditentang oleh DAP yang tetap tidak berganjak dengan pendirian menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Mustapha berkata, Veteran UMNO dengan ikhlas menyokong keputusan Pas itu dan mahu melihat Kelantan melaksanakan hukum hudud sama seperti di Brunei.

"Veteran UMNO menyeru seluruh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO menyokong usul persendirian yang akan dibentang oleh Pas nanti untuk membuktikan yang selama ini UMNO tidak pernah menghalang pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, keputusan Pas itu harus dipuji sekalipun parti itu terpaksa berhadapan dengan halangan besar daripada sekutunya.
Katanya, alasan DAP dan PKR bahawa hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang tidak sepatutnya menghalang Pas daripada terus menegakkan syiar Islam.


"Saya yakin langkah berani tersebut diambil Pas kerana parti itu sudah mula menyedari kelalaian mereka dalam menegakkan syiar Islam selagi bersekongkol di bawah pakatan pembangkang," katanya.

Tuesday 29 April 2014

Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 - Penganjur terima kejutan dan terharu kehadiran Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa Dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang menghulur bantuan keringat bagi melancarkan perjalanan persidangan.

KUALA LUMPUR - Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh negara.

“Seramai 670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89 bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.
Katanya, pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.



Tan Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.

Dalam masa yang sama Tuan Rumah bagi persidangan kali ini adalah Veteran UMNO Wilayah Persekutuan telah menerima kedatangan Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bukit Bintang yang telah menghulurkan tangan dan bantuan bagi melanncarkan proses Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei akan datang,

Majlis simbolik penyerahan MOU bantuan telah diadakan pada sidang media tersebut,menurut ketua Puteri Setiawangsa Pn Noraini Zulkafli, pihak beliau akan memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi buat Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei depan kata beliau "Veteran tidak harus di lupakan kerana tanpa perjuangan dan keringat Veteran, UMNO tidak akan mampu meneruskan perjuangan dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara".


Sepertimana yang di maklumkan Wanita UMNO Bukit Bintang juga tidak terkecuali menghulur bantuan bagi melancarkan perjalanan Persidangan Agung Veteran UMNO Malaysia ke 6,

Menurut Puan Fadzillah Abd Aziz Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang "mereka sentiasa menyokong kepimpinan Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan Veteran UMNO Malaysia dari awal penubuhannya lagi".

Beliau berharap agar dengan bantuan yang di hulurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang akan lebih membuka hati dan nurani lain-lain sayap dalam UMNO turut membantu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran UMNO Malaysia.