Di mana silapnya ??? Kenapa bergini ???
Sering kali kita mendengar keluhan bergini tetapi sampai dimana ? tidak kemana jika kita hanya berpeluk tubuh.
Pepatah melayu "yang lama di sanjungi yang baru di hormati" sudah agak tidak relevan lagi selagi isu dalaman bergini tidak diselesaikan.
Perjuangan kami belum selesai tetapi kami sudah di label sebagai "NGO" di mana maruah kami sebagai pejuang bangsa yang tidak pernah kenal erti putus asa.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Friday, 21 November 2014
Wednesday, 1 October 2014
PETROL RON95 NAIK 20 SEN
Kuala Lumpur- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguaan (KPDNKK) semalam mengumumkan sebsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter,berkuat kuasa 12.01 pagi tadi.
Berikut itu harga runcit baru bagi petrol RON95 adalah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa kini ialah RM2.58 seliter manakala harga diesel RM2.52 seliter.
KPDNKK dalam kenyataannya semalam berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan,kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95,diesel dan LPG pada tahun 2014.
Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
Pengguna haruslah bijak menangani masalah yang dianggap membebankan.
Wajarkah penurunan subsidi sebanyak 20 sen?
Thursday, 3 July 2014
Friday, 9 May 2014
Wednesday, 7 May 2014
HUDUD: Veteran UMNO, KMPP sokong Pas.
KUALA LUMPUR 12 April - Usaha Pas untuk melaksanakan hukum
hudud di Kelantan terus mendapat sokongan umat Islam termasuk pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang mahu parti itu terus berpendirian teguh terhadap
keputusannya itu.
Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha
Yaakub berkata, pihaknya yakin Pas kini tidak akan terperangkap dengan
pendirian sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tetap tidak
berganjak menolak pelaksanaan hukum tersebut.
"Sudah lama Pas menjaga hati mereka sehingga terpaksa
mengorbankan dasar dan prinsip perjuangannya. Sekarang masa Pas bangkit dengan
megahnya untuk meneruskan cita-cita murni yang diperjuangkan," katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum
ini yang mengumumkan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam
sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu
menjelang 2015.
Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan
memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di
negeri masing-masing.
Bagaimanapun, keputusan itu ditentang oleh DAP yang tetap
tidak berganjak dengan pendirian menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Mustapha berkata, Veteran UMNO dengan ikhlas menyokong
keputusan Pas itu dan mahu melihat Kelantan melaksanakan hukum hudud sama
seperti di Brunei.
"Veteran UMNO menyeru seluruh ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) khususnya UMNO menyokong usul persendirian yang akan dibentang
oleh Pas nanti untuk membuktikan yang selama ini UMNO tidak pernah menghalang
pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP),
Rahmad Isahak berkata, keputusan Pas itu harus dipuji sekalipun parti itu
terpaksa berhadapan dengan halangan besar daripada sekutunya.
Katanya, alasan DAP dan PKR bahawa hudud bukan sebahagian
daripada persetujuan pakatan pembangkang tidak sepatutnya menghalang Pas
daripada terus menegakkan syiar Islam.
"Saya yakin langkah berani tersebut diambil Pas kerana
parti itu sudah mula menyedari kelalaian mereka dalam menegakkan syiar Islam
selagi bersekongkol di bawah pakatan pembangkang," katanya.
Tuesday, 29 April 2014
Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 - Penganjur terima kejutan dan terharu kehadiran Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa Dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang menghulur bantuan keringat bagi melancarkan perjalanan persidangan.
KUALA
LUMPUR - Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang
pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno
Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand
Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh
negara.
“Seramai
670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89
bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Beliau
berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua
bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.
Katanya,
pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan
dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.
Tan
Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa
bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.
Dalam
masa yang sama Tuan Rumah bagi persidangan kali ini adalah Veteran UMNO Wilayah
Persekutuan telah menerima kedatangan Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO
Bukit Bintang yang telah menghulurkan tangan dan bantuan bagi melanncarkan
proses Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei akan datang,
Majlis
simbolik penyerahan MOU bantuan telah diadakan pada sidang media
tersebut,menurut ketua Puteri Setiawangsa Pn Noraini Zulkafli, pihak beliau
akan memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi buat Persidangan
Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei depan kata beliau "Veteran tidak harus
di lupakan kerana tanpa perjuangan dan keringat Veteran, UMNO tidak akan mampu
meneruskan perjuangan dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara".
Sepertimana
yang di maklumkan Wanita UMNO Bukit Bintang juga tidak terkecuali menghulur
bantuan bagi melancarkan perjalanan Persidangan Agung Veteran UMNO Malaysia ke
6,
Menurut Puan Fadzillah Abd Aziz Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang "mereka sentiasa menyokong kepimpinan Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan
Veteran UMNO Malaysia dari awal penubuhannya lagi".
Beliau berharap agar dengan
bantuan yang di hulurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bahagian
Bukit Bintang akan lebih membuka hati dan nurani lain-lain sayap dalam UMNO
turut membantu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran UMNO Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)