KUALA
LUMPUR - Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang
pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno
Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand
Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh
negara.
“Seramai
670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89
bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Beliau
berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua
bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.
Katanya,
pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan
dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.
Tan
Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa
bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.
Dalam
masa yang sama Tuan Rumah bagi persidangan kali ini adalah Veteran UMNO Wilayah
Persekutuan telah menerima kedatangan Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO
Bukit Bintang yang telah menghulurkan tangan dan bantuan bagi melanncarkan
proses Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei akan datang,
Majlis
simbolik penyerahan MOU bantuan telah diadakan pada sidang media
tersebut,menurut ketua Puteri Setiawangsa Pn Noraini Zulkafli, pihak beliau
akan memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi buat Persidangan
Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei depan kata beliau "Veteran tidak harus
di lupakan kerana tanpa perjuangan dan keringat Veteran, UMNO tidak akan mampu
meneruskan perjuangan dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara".
Sepertimana
yang di maklumkan Wanita UMNO Bukit Bintang juga tidak terkecuali menghulur
bantuan bagi melancarkan perjalanan Persidangan Agung Veteran UMNO Malaysia ke
6,
Menurut Puan Fadzillah Abd Aziz Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang "mereka sentiasa menyokong kepimpinan Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan
Veteran UMNO Malaysia dari awal penubuhannya lagi".
Beliau berharap agar dengan
bantuan yang di hulurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bahagian
Bukit Bintang akan lebih membuka hati dan nurani lain-lain sayap dalam UMNO
turut membantu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran UMNO Malaysia.
No comments:
Post a Comment