PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Wednesday 20 February 2013

YAYASAN VETERAN MELAYU BERSATU DITUBUH UNTUK KEBAJIKAN AHLI VETERAN UMNO

Dato' Sri Ismail Sabri turut memegang pelekat 'Keluargaku Pengundi BN'
Dato' Yahya Zakaria menyerahkan foto cenderahati kepada Menteri
Yayasan Veteran Melayu Bersatu yang ditubuhkan oleh Veteran UMNO kini sedang di peringkat akhir kelulusannya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pengerusi Yayasan Veteran Melayu Bersatu, Dato' Yahya Zakaria berkata, permohonan menubuhkan Yayasan ini telah pun dihantar kepada SSM sejak November 2012, dan hari ini pula (20 Februari 2013) semasa diadakan kunjungan hormat di pejabatnya di Putrajaya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri telah menyatakan bahawa permohonan penubuhan Yayasan Veteran Melayu ini telah pun diluluskan oleh kementeriannya.

Dato' Yahya dan Dato Ismail Sabri sedang meneliti dokumen Yayasan
Menurutnya, pihak SSM akan mengeluarkan Sijil kelulusan ini sedikit masa lagi sebaik sahaja semua urusan yang berkaitan dapat disempurnakan. Turut hadir dalam kunjungan di pejabat Menteri itu ialah Dato' Mat Isa, Bendahari Yayasan, Dato' Rozali Ishak, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan dan Abdul Rahman Hashim, Pegawai Khas Yayasan.

Sementara itu, Dato' Yahya Zakaria yang juga Ahli Jawatankuasa Veteran UMNO Kebangsaan membayangkan bahawa satu majlis pelancaran rasmi Yayasan Veteran Melayu Bersatu ini akan diadakan di Pekan pada bulan Mac depan yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. 

Di daam majlis yang sama juga Dato' Sri Najib Tun Razak akan melancarkan penubuhan Veteran UMNO Negeri Pahang, di samping melancarkan juga kempen gerak kerja 'Keluargaku Pengundi BN' yang dipelopori oleh Veteran UMNO di seluruh negara  menjelang PRU13 tahun ini.


No comments:

Post a Comment