PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tuesday 19 February 2013

VETERAN UMNO PELOPORI GERAK KERJA 'KELUARGAKU PENGUNDI BN'




Oleh Abdul Rahman Hashim

Sejuta pelekat 'Keluargaku Pengundi BN' akan merancakkan lagi kempen memenangi hati rakyat kepada BN menjelang PRU13. Veteran UMNO akan mempelopori gerak kerja ini di setiap bahagian dengan kekuatan 750,000 ahlinya di seluruh negara.

Pelekat yang dilancarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pada 18 Februari 2013 lalu akan dilekatkan di semua rumah dan juga premis yang terdapat di taman-taman perumahan dan juga di kampung-kampung yang menjadi kubu kuat UMNO. 

Setiausaha Agung UMNO di dalam ucapannya memuji usaha Veteran UMNO ini, malah beliau yakin apa yang dilakukan adalah sebagai membalas jasa kerana para veteran UMNO ini suatu ketika dahulu juga adalah pejuang parti yang gigih untuk melihat negara ini terus makmur di bawah lembayung UMNO dan BN.
Semua Pengerusi Veteran UMNO Negeri dari seluruh negara telah menghadiri majlis pelancaran ini, dan mereka bertekad untuk bekerja keras membantu parti supaya terus mendapat mandat rakyat menjelang PRU13. 

Veteran UMNO WP diketuai oleh Datuk Zakaria Saleh juga telah menerima pelekat 'Keluargaku Pengundi BN' daripada Tengku Adnan Mansor untuk diagihkan kepada semua Veteran UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan. Di peringkat awal ini setiap Bahagian akan dibekalkan 5,000 keping pelekat.

Sementara itu Datuk Zakaria Saleh memberitahu bahawa Veteran UMNO Wlayah Persekutuan akan mengadakan majlis pelancaran pelekat 'Keluargaku Pengundi BN' peringkat Wilayah Persekutuan pada satu tarikh lain yang akan dirasmikan oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.

No comments:

Post a Comment