PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Wednesday 6 June 2012

UMNO ADA MASALAH JIKA MASIH BERPUAK

Datuk Mustapa Kamal menyampaikan cenderahati kepada Datuk Zakaria
Esa Bin Jailani, Pengerusi Veteran UMNO Seputeh
UMNO ada masalah, jika amalan berpuak-puak masih berlaku, demikian keluhan yang dilontarkan oleh Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Seputeh ketika berucap merasmikan penubuhan Veteran UMNO Bahagian Seputeh, kelmarin (6 Jun 2012).

Veteran UMNO Bahagian Seputeh merupakan Bahagian yang pertama di Wilayah Persekutuan mengadakan upacara penubuhan rasminya kelmarin. Di dalam majlis tersebut, Encik Esa Bin Jailani telah dinamakan sebagai Pengerusi Penaja Veteran UMNO Bahagian Seputeh. Perlantikannya turut direstui oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mustapa Kamal.

Semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff telah menyambut baik di atas penubuhan jawatankuasa Veteran UMNO Bahagian Seputeh, kerana menurutnya jasa bakti yang dicurahkan oleh veteran UMNO kepada perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara amatlah dihargai oleh generasi hari ini.

Datuk Zakaria Saleh ketika menyampaikan ucapan
Beliau sendiri tidak merasa malu untuk mendapatkan nasihat dan juga pandangan daripada tokoh-tokoh veteran UMNO dalam menjalankan amanah sejak empat tahun beliau memimpin UMNO Bahagian Seputeh.

Dalam pada itu, Mustapa Kamal juga mengharapkan agar veteran UMNO tidak meminggirkan diri masing-masing daripada landasan perjuangan yang telah mereka gariskan selama ini. Menurutnya, generasi pewaris UMNO hari ini tidak harus mengenepikan peranan 'orang lama' dalam merangka gerak kerja perjuangan mereka.

Di antara ahli Veteran UMNO Seputeh yang hadir
Diantara pemimpin kanan UMNO Seputeh yang hadir

Secara sinis beliau juga membuat teguran kepada mereka yang masih mengamalkan politik berpuak-puak sehingga boleh melemahkan kekuatan UMNO. Beliau kesal kerana masih ada golongan tertenrtu apabila tidak menyandang jawatan tertentu dalam parti maka mereka pun mengambil langkah untuk tidak lagi menyokong parti. Manurutnya, golongan seperti ini adalah mereka yang telah hilang jati diri sebagai pejuang bangsa. Veteran UMNO, katanya hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan biarkan gejala ini membarah dalam Veteran UMNO Bahagian Seputeh.

Sementara itu, Datuk Zakaria Saleh, Pengerusi Veteran UMNO Wilayah Persekutuan di dalam ucapannya pula merakamkan setinggi penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Seputeh di atas sokongan yang diberikan kepada Veteran UMNO Bahagian ini.

Turut hadir dalam majlis pelancaran Veteran UMNO Seputeh ini ialah Datuk Azrat Gull, Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Batu, Yusof Merah, Pengerusi Titiwangsa, Haji Redzuan Ghani, Pengerusi Cheras, Adlan Lob, Pengerusi Lembah Pantai, Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerja Veteran UMNO WP dan beberapa orang pemimpin kanan UMNO Bahagian Seputeh.





No comments:

Post a Comment